-=[[ e f f a ]]=-

By: effa zainaldin

[Recommend this Fotopage] | [Share this Fotopage]
[<<  <  [1]  2  3  >  >>]    [Archive]
Thursday, 17-Jan-2008 06:26 Email | Share | | Bookmark
-=[[ Our Junior!!~ ]]=-

-=[[ looking at Ayah.. ]]=-
-=[[ Areef berusia sehari ]]=-
-=[[ Areef ngan Opah ]]=-
View all 10 photos...
salam...

Aku telah selamat melahirkan seorang bayi lelaki, seberat 3.5 kg di Hospital Kuala Lumpur pada 7 Disember 2007, jam 11.48 malam. Bayi tersebut telah diberi nama Muhammad Areef Nashrullah b. Hairul Rizal. Hari ni (17/1/08) dah 41 hari usia Areef.. ni gambar Areef, untuk tatapan anda..


Monday, 18-Dec-2006 10:13 Email | Share | | Bookmark
-=[[ sweet memories... ]]=-

3rd yr @ HUKM
assisting..
class cancel!~ yeye!!~
View all 24 photos...
recaps....


Thursday, 19-Oct-2006 06:18 Email | Share | | Bookmark
-=[[ orthodontic case presentation ]]=-

posisi tepi
intraoral - anterior
intraoral - right buccal
View all 15 photos...
this is the case that i'm going to present this november. this patient complaint of "gigi berterabur". the aim of treatmnet is to procline both upper cental incisor using upper removable appliance (URA). cantilever z-spring was the acitve component used to procline the tooth. after complete treatment with URA, patient will be refer to the specialist orthodontist for treatment with fixed appliance (braces).


Saturday, 9-Sep-2006 10:47 Email | Share | | Bookmark
-=[[ hari terbuka fakulti pergigian UKM ke-10 tahun ]]=-

pendaftaran
jabatan bedah mulut & maksilofasial
jabatan operatif
View all 30 photos...
fakulti pergigian ukm sudah mencecah usia 10tahun namun ramai lagi yang masih tidak mengetahui akan kewujudannya. objektif mengadakan hari terbuka fakulti pergigian UKM ni adalah untuk memperkenalkan fakulti pergigian ukm kepada umum. ianya telah diadakan di pusanika, ukm bangi selama 2 hari iaitu khamis (7/9) dan jumaat (8/9) bermula dari jam 9 pagi hingga 4 petang.

antara aktiviti yang dijalankan adalah pemeriksaan gigi percuma oleh fakulti pergigian ukm, pemeriksaan kesihatan oleh fakulti perubatan, kempen derma darah oleh pusat darah negara, pameran jabatan yang terdapat dalam fakulti pergigian iaitu jabatan kesihatan awam pergigian, jabatan prostodontik, jabatan ortodontik, jabatan bedah mulut & maksilofasial, jabatan pergigian operatif, jabatan periodontologi, jabatan patologi mulut dan jabatan biologi mulut klinikal.

berbagai-bagai pertandingan juga turut diadakan seperti kuiz kesihatan, pertandingan mewarna, pertandingan senyuman menawan, pertandingan mengira berus gigi dalam balang, pertandingan mengira bilangan gigi dalam radiograf, pertandingan pantun (antara pelajar & staff akademik) dan sebagainya..

majlis perasmian telah diadakan pada hari pertama iaitu khamis jam 2 petang dan disajikan dengan persembahan koir oleh staff sokongan dan pentomin oleh pelajar tahun 2.


Saturday, 26-Aug-2006 06:16 Email | Share | | Bookmark
Majlis Sambut Menantu @ Temerloh, 19 Ogos 2006

on the way to temerloh...
hi-way LPT exit temerloh
ayahanda @ hosp.temerloh (meet point)
View all 13 photos...
Alhamdulillah.. sekali lagi selamat berkenduri aku!~ Kali ni tema kaler coklat. Makan pengantin beSt tak ingat!!~ hehehe.. gegila punya makan! lapar beb!!~ dari KL perut tak masuk satu apa pun! Temerloh terkenal sebagai bandar ikan patin, maka di hari kenduri tu kami disajikan dengan lauk patin masak tempoyak, patin kukus, daging kerbau gulai kawah (temerloh memang kenduri dengan daging kerbau!), udang, sambal sotong, umbut kelapa, kerabu taugeh, masak lemak kuning labu, hati lembu goreng dan manisannya ialah lompat tikam. sume licin licau!~ hehehe.. puakĀ² yang menghantar aku sume stok kaki makan punya!!!~


[<<  <  [1]  2  3  >  >>]    [Archive]

© Pidgin Technologies Ltd. 2016

ns4008464.ip-198-27-69.net